This free script provided by Website Abstraction |
Kepulauan Filipina merupakan sebahagian daripada alam Melayu
tetapi oleh kerana pengalaman sejarah yang berlainan dengan bahagian-bahagian
alam Melayu yang lain Filipina agak terpisah daripada arus perkembangan yang
melanda bahagian-bahagian alam Melayu yang lain. Filipina merupakan sebuah
negara yang unik di Asia kerana dari segi sejarah dan kebudayaan dan geografi
terletak di bahagian timur. Sementara mentaliti rakyatnya lebih mirip kepada
dunia barat. Kebanyakan orang Filipina kini menganggap negara mereka sebagai
bahagina akhir dunia Kristian di Asia. Ini kerana pengalaman sejarah penjajahan
Sepanyol lebih 3 abad berjaya mereorientasikan pemikiran rakyat Filipina ke arah
yang lain di Asia.
Kepulauan Filipina hari ini seluas 115,000 batu persegi. Penduduknya
seramai 64 juta orang. Lebih 80% penduduknya menganut agama Kristian Katolik.
Pada amnya Filipina boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama:
1.
Utara-Mengandungi
pulau Luzon yang merupakan nadi kepada sistem politik, sosial dan ekonomi. Sebab
itu ibu negara Filipina terletak di situ. Luzon pulau terbesar mengandungi
beberapa suku kaum dan puak yang
terpenting ialah golongan Tagalog yang kemudian menjadikan bahasa rasmi Filipina
yang mendiami wilayah Tengah.Suku yang lain ialah golongan Illokan yang mendiami
bahagian utara, wilayah Illacos (suku yang kedua terbesar di Luzon).
2.
Tengah-Kepulauan
Visayan. Suku kaum yang terpenting ialah Cebuano. Kepulauan ini penting kepada
Filipina kerana dari segi sejarah ia merupakan tempat yang pertama di temui oleh
Sepanyol dan ibu negeri Filipina yang pertama ialah Bandaraya Cebu.
3.
Selatan-Mindano
dan lain-lain pulau.
Bukti awal tentang adanya pertapakan manusia telah dijumpai
dibeberapa bahagian Filipina terutamanya di bahagian selatan yang dengan jelas
menunjukkan Filipina salah sebuah tempat yang paling awal di alam Melayu.
Tetapi selain daripada bukti arkeologi tidak terdapat bukti-bukti yang
lain untuk ditonjolkan dan hari ini
di Filipina sudah wujud petempatan sebab di Filipina selepas zaman logam dan
zaman lain ia terputus hubungan dengan proses Tamadun yang melanda bahagian alam
Melayu. Disaat bahagian-bahagian lain alam Melayu bertembung dengan tamadun
Buddha dan Hindu di Filipina tidak terdapat hal tersebut. Ahli-ahli sejarah cuba
memberi jawapan kenapa Filipina terputus dengan proses yang melanda bahagian
lain. Jawapan ahli sejarah ialah Filipina terletak di luar jalan perdagangan
China dan India.
Sehingga kedatangan Sepanyol tidak wujud konsep negara dan raja di
Filipina kecuali di Selatan. Pada waktu itu unit politik yang terbesar ialah Barangay.
mengikut catatan Sepanyol di saat abad ke-15 dan 16, Barangay merupakan sebuah
petempatan manusia yang biasanya terdiri daripada 100 keluarga, ketua Barangay
ialah Dato atau Penghulu. Hubungan di antara Barangay yang lain jarang berlaku
walaupun tinggal berdekatan. Ini disebabkan setiap Barangay mengamalkan sistem
sar diri dalam ekonomi, sosial dan politik. Oleh itu dalam keadaan politik yang
demikian tidak hairanlah bila Sepanyol datang pada abad ke-16 mereka menjajah
Filipina dengan mudah dan dapat mengekalkan penjajahan selama 330 tahun.
Filipina merupakan kawasan yang paling lama terjajah . Sepanyol yang datang
menjajah seluruh Filipina dari semua segi dan kawasan serentak.
Kedatangan Sepanyl berlaku pada awal abad ke-16. Pasukan Sepanyol yang
pertama menjejakkan kaki ke Filipina pada tahun 1521 ialah Ferdinand Magellan
yang tiba di Pulau Cebu.
Mengapa Sepanyol Mencari Tanah Jajahan
Abad ke-15 dan 16 ia dianggap sebagai zaman penemuan sebab
pada masa itu terdapat penemuan sains dan penemuan dunia baru. Abad ini penting
sebab ketika itu mereka berjaya menemui kawasan baru yang membawa kepada
perubahan dunia. Tahun 1492 penting sebab pada tahun itu tercapai cita-cita
Sepanyol dalam apa yang dikatakan penawanan semula Sepanyol daripada orang Islam
(Moro).[1] Pada tahun 1492 kerajaan
Granada jatuh. Sepanyol yang
bersatu dengan perkahwinan Ferdinand dan Isabella. Dengan penyatuan ini di
bandar Seville, tiba seorang ahli pelayaran bernama Colombus yang berbangsa
Itali meminta bantuan daripada raja Sepanyol untuk membiayai perbelanjaan
ekspedisinya. Disebabkan tidak ada raja-raja Eropah yang mahu memberi bantuan
termasuk Ferdinad maka Ratu Isabella telah memberi bantuan dengan wang
sendiri tetapi dengan perjanjian bahawa setiap tanah yang dijumpai adalah tanah
jajahan Sepanyol dan agama Katolik mesti disebarkan . Berdasarkan perjajian ini
Colombus keluar. Sebenarnya matlamat penting Isabella ialah untuk mengepung
dunia Islam dengan itu ia terpaksa mencari jalan lain ke Timur. Disebabkan ia
memusuhi Islam maka dengan itu tidak mungkin orang Islam akan membenarkan mereka
melalui jalan ke Timur mengikut jalan biasa.
Konsep India bagi Colombus ialah India sebab itu bila menjumpai Amerika
maka penduduk aslinya dinamakan Indian, begitu juga
kawasan Cuba dll dinamakan West Indies. Colombus tidak menjumpai timur
tetapi perjalanan ke timur diteruskan oleh Magellan. Maka Magellanlah orang
pertama yang membuktikan bahawa teori Colombus. Dia tiba di Cebu pada 1521.
Orang bertangungjawab terhadap empayar Sepanyol di Filipina ialah Legaspi
(1565). Di antara tahun 1521-1565 banyak pelayaran dilakukan dan dalam masa
inilah nama Filipina di beri. Islas de las Filipina mengambil sempena nama raja
muda Sepanyol ‘Felipe’.
Di antara tahun 1521 hingga
masa pemerintahan Philip II (1556-58), Sepanyol telah membuat beberapa percubaan
untuk mengukuhkan kedudukannya di Filipina, tetapi usaha tersebut gagal. Dan
dalam tempoh masa tersebut Sepanyol telah menghantar tidak kurang daripada tiga
utusan pelayaran ke Filipina, tetapi kebanyakan pelayaran tersebut tidak sampai
ke matlamatnya. Ada dua sebab utama mengapa usaha tersebut gagal:
1.
Kesukaran
yang dihadapi dalam pelayaran. Kapal-kapal Sepanyol terpaksa belayar dari
bahagian timur latin Amerika kemudian menyeberangi lautan Pasifik tanpa
mempunyai persinggahan. Ilmu pelayaran pada masa itu tidak mencukupi untuk
menghadapi bahaya-bahaya semasa menyeberangi lautan tersebut. Kenapa berlaku hal
tersebut? Ini disebabkan Pasifik bererti lautan teduh atau tidak bergelora.
Maksudnya lautan tersebut tidak merbahaya. Malahan di antara tempat tersebut
juga tiada tempat persinggahan.
2.
Keadaan
politik di eropah. Persaingan henbat di antara kuasa Portugal dan Sepanyol yang
menuntut hak dan kedaulatan ke atas dunia timur. Masalah dengan Portugal bermula
apabila kedua-dua kuasa yang mempunyai mazhab yang sama dan tujuan yang sama
memilih jalan yang berlainan. Portugal yang terlebih dahulu menjumpai jalan ke
timur (Vasco da Gamma) melalui jalan Afrika. Sepanyol secara tidak langsung
mengugurkan hakya ke timur sebab mengikut jalan darat. Bila pada tahun 1521
Sepanyol Sepanyol sampai ke Filipina maka bermulalah krisis. Portugal menganggap
Sepanyol tidak berhak ke atas Filipina (timur). Satu lagi masalah ialah perang
dengan Perancis. Raja Philip II berjaya menyelesaikan masalah ini. Menjelang
kenaikan Philip II, minat Portugal untuk menuntut hak di timur telah berkurangan.
Hal ini telah merunsingkan Pope. Pope telah membuat satu perjanjian yang
membahagikan dunia kepada dua, iaitu bahagian barat milik Sepanyol dan bahagian
timur milik Portugal. Melalui satu perjanjian, dan perjanjian tersebut hanya
dibuat di atas kertas, untuk mentafisrkan perjanjian ini bukanlah mudah.
Sepanyol dan Portugal terus berselisih. Bagi Portugal, Filipina berada di timur
garisan yang digaris oleh Pope. ini menimbulkan perbalahan dan berakhir pada
masa Philip II . Minat Portugal yang berkurangan disebabkan oleh raja Portugal
berada dalam keadaan uzur. Satu lagi yang mengurangkan minat ialah raja Portugal
tidak mempunyai anak lelaki bagi memperluaskan empayar Portugis. Oleh itu
Portugal membiarkan dan tidak membantah petempatanSepanyol di Filipina. Sejak
1520-an Sepanyol tidak lagi menghadapi masalah tentang haknya ke atas Filipina.
Sementara itu perang dengan Perancis selesai pada April 1559.5 bulan
kemudian satu perjanjian di tandatangani dengan Perancis. 5 bulan selepas
perjanjian dengan Perancis, Raja Philip II memerintahkan
Viceroy di Mexico iaitu Luis de Vvalassco menyiapkan satu angkatan untuk
dihantar ke Filipina. Perintah tersebut mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan .
Pada 1 November 1564 angkatan Sepanyol meninggalkan pelabuhan Mexico ke
Filipina. Pelayaran ini diketuai oleh Miguel Lopez de Legaspi. Dalam pelayaran
ini disertai juga oleh seorang paderi yang menjadi ketua
kepada golongan agama iaitu Andress de Urdaneta.
·
Legaspi
melambangkan politik keduniaan Sepanyol.
·
Andress
melambangkan agama Kristian.
ini untuk memberi dua matlamat kepada penaklukan Sepanyol
iaitu politik dunia dan penaklukan keagamaan. Dalam setiap pelayaran mesti ada
dua ketua di atas . Selepas menghadapi halangan besar pelayaran akhirnya sampai
pada akhir 1565 di bandar Cebu. Ketibaan Legaspi disambut
oleh Visayan dengan baik. untuk beberapa tahun Cebu dijadikan ibu negeri
Filipina yang dijajah. Tetapi Legaspi tidak berpuas hati dengan kedudukan bandar
cebu sebagai ibu negeri Filipina. Dia mencari tempat lain iaitu sebuah bandar
yang baru muncul di Luzon iaitu Manilla. Selepas peperangan sengit Manilla
berjaya ditawan dan musnah. Di atas kemusnahan Manilla itu dibina sebuah kubu
Santiago yang menjadi ibu pejabat Sepanyol di Filipina selama 333 tahun. Ia juga
dinamakan Ultramoros/bandar Manilla. Dalam kota Santiago dibina pejabat di atas
tapak istana sultan Sulaiman dan berhadfapan dengan Kota Santiago dibina gereja
besar Filipina sebagai ibu pejabat pentadbiran agama. Dengan pengambilan
Filipina, Sepanyol menghadapi masalah:
1.
Pentadbiran-timbul
masalah bagi mentadbir negara yang begitu jauh dari negara asal mereka. Kawasan
ini jelas berbeza daripada tanah lain.
2.
Bagaimana
untuk mewujudkan satu sistem pentabiran yang boleh membawa kekayaan kepada
Sepanyol di samping memenuhi hasrat agama. Hal inilah yang dihadapi oleh
Sepanyol disemua tanah jajahan.
Setiap pelayaran yang keluar dari Sepanyol sentiasa diikuti oleh
segolongan paderi. Dalam penaklukan Filipina ini
juga usaha pengkristianan telah dimulakan semenjak dari perjumpaan
Magellan 1521. Catatn Sepanyol menceritakan selama berada di Pulau cebu mereka
berjaya mengkristiankan seramai 500-800 penduduk peribumi Filipina. Tapi usaha
pengkristianan ini telah dijalankan oleh dengan bersungguh-sungguh selepas
ketibaan Legaspi pada 1565. Pelayaran Legaspi ini juga seperti pelayaran lain
diikuti oleh Urdanetta dan beberapa paderi lain yang ditugaskan khas untuk
menyebarkan Kristian Katolik. Sejak pertapakan Sepanyol di Filipina hingga akhir
penjajahan wujud dua sistem pentadbiran pada teorinya berasingan tetapi
hakikatnya adalah sama iaitu: Pentadbiran Awam dan pentadbiran agama.
Kedua-dua wujud berasingan antara satu sama lain kecuali 7 tahun selepas
pembukaan Manilla (1571), Pope Gregory ke-13 telah mengeluarkan satu perintah
menjadikan Manilla suatu Diocce yang tinggi. Atas cadangan Philip II Fray
Domingo Salanza teelah dilantik menjadi Archbishop 1 Manilla. Pada tahun 1565
Manilla dinaikkan ke taraf yang tinggi iaitu Metropolitan. Di masa yang sama
bila Manilla dinaikkan taraf, diperingkat wilayah pula dilantik Bishop-Bishop
ditiga wilayah iaitu:
1.
Nueva
Segoria
2.
Nueva
Cacares Semuanya di bawah Archbishop
3.
“
Cebu
Ketiga-tiga ini akan membantu Archbishop di Manilla dalam
pentadbiran gereja Katolik. Paderi-paderi yang datang ke Filipina akan menjadi
ahli kepada tareqat-tareqat yang berlainan dalam agama Katolik. Di Filipina
selepas itu ada lima tareqat yang utama:
1.
Tareqat
Augustinian- Tareqat yang tertua tiba di Filipina yang tiba bersama Urdanetta.
2.
Fransiscan-
1577
3.
Jesuit-
1581
4.
Dominican-
1581
5.
Recolik
Setiap Tareqat diperuntukkan di kawasan
yang tersendiri untuk mereka menjalankan tugas dakwah. Tareqat
Augustinian diberi manilla, Illocos, Pangasinan, Papanga dan sebahagian daripada
kepulauan isayan. Tareqat (2) diberi Camarinis dan Laguano. Tareqat (3) Mindano,
Lyette, Samar dan bohol. Tareqat (4) Cagayan dan sebahagian wilayah Pangasinan.
tareqat (5) Manilla, Ulakn dll pulau-pulau yang tidak disebutkan. Dengan
pemberian yang berasingan ini setiap Tareqat dapat menumpukan kepada tugas
pengkristianan. Raja Sepanyol dalam perjanjian khas dengan Pope telah diberi
kuasa penuh ke atas pentadbiran
agama dan wilayah Sepanyol. Raja Sepanyol diperingkat pusat akan melantik
Archbishop atau Bishop yang lain untuk mengurus agama. Archbishop merupakan
ketua tertinggi dan beliau bertangungjawab terus kepada raja dan memmpunyai
kuasa pengawasan yang mutlak ke
tasa kawasan kepaderian tertakluk
kepada kuasa yang ada pada gabenor General sebagai penaung gereja.
Kawasan kepaderian yang kecil dalam unit pentadbiran diberi kepada
golongan paderi sekular pada awal penjajahan. Dalak agama Katolik ada dua paderi:
Regular- terdiri daripada ahli tareqat.Biasanya tugas mereka
tidak terlibat dalam pentadbiran gereja. Mereka hanya menumpukan kepada ibadat
dan menyebarkan agama sahaja.
Sekular- Mereka menguruskan soal-soal harian gereja misalnya
soal duit, harta sebab itu mereka dipanggil sekular.
Pada peringkat awal di
Filipina golongan sekular tidak ramai. Oleh itu paderi regular mengambil alih
tugas pentadbiran gereja. Ini menimbulkan masalah dalam abad ke-17, 18 dan 19.
Menjelang abad ke-18 bila munculnya paderi sekular dari kalangan rakyat Filipina
masalah besar telah timbul dalam gereja. Timbul masalah mengembalikan tugas asal
kepada golongan regular tetapi goolongan sekular tidak mahu menyerahkan balik
tugas tersebut. Golongan paderi memang memainkan penting dalam proses penaklukan
Sepanyol di Filipina. Bahkan cara pemerintahan yang dibuat membuktikan bahawa
paderi-paderi memainkan peranan penting. Penaklukan
dengan cara meluas iaitu semua kawasan dibuat sebab mereka mahu menguasai bukan
shaja politik. Kebanyakan rang Filipina yang tinggal diibu kota wilayah tidak pernah meilhat orang Sepanyol kecuali melihat
paderi (misalnya di Barangay). oleh itu hubungan mereka dengan orang Filipina
adalah rapat. Jadi tidak keterlaluan dikatakan bahawa sebahagian besar
penaklukan Sepanyol dilakukan oleh golongan paderi. Paderi juga mempunyai yang
besar. Malah pihak pentadbiran mesti berbaik dengan golongan gereja sebab
golongan gereja mempunyai kuasa yang sangat besar untuk mendapatkan taat setia
rakyat kepada Sepanyol. Oleh kerana menyedari pengaruh mereka di kalangan rakyat
pihak gereja kadang-kadang menggunakan kedudukan ini untuk memperkukuhkan
kedudukan mereka baik dari segi ekonomi atau sosial. Golongan gereja
kadang-kadang cuba meminta dan mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran
awam untuk memiliki tanah yang luas.
Oleh golngan gereja di Filipina menjelang akhir masa pemerintahan Sepanyol
memiliki sebahagian besar tanah pertanian yang luas. Dalam abad ke-17 dan
selepasnya pihak gereja menganggap sebarang dasar oleh pihak awam tanpa meminta
nasihat pihakl gereja sebagai satu penyelewengan daripada ikrar raja-raja
Sepanyol untuk menjadikan kawasan tanah jajahan sebagai kawasan Katolik.
Diperingkat pusat (Manilla) adalah menjadi peraturan, disaat ketiadaan Gabenor
General sama ada mati atau bertukar jawatan, jawatan tersebut akan dipangku oleh
Archbishop. Sementara diperingkat wilayah peranan dan pengaruh yang dimainkan
oleh paderi adalah lebih besar daripada pusat. Ini kerana mereka memegang kunci
kepada cukai (Cedula) kerajaan. Orang yang menyimpan rekod
cukai adalah gereja. Diperingkat Barangay senarai nama terdapat di gereja. Ini
penting untuk memungut cukai. Senarai ini dipegang oleh paderi tempatan. Ini
penting untuk pihak pentadbir awam memungut cukai. Jika hubungan dengan
pentadbiran awam tidak baik maka tiada cukai untuk tahun tersebut.
Paderi wilayah juga mengesahkan pemilihan Cabeza, jika tidak ia tidak sah.
Dalam kes pihak pentadbiran awam tidak berani melanggar atau daripada gereja ini
ada dua sebab:
Kalau kes kerajaan menoolak dan kes ini akan naik ke
peringkat yang tertinggi (Raja Sepanyol) biasanya raja memihak kepada pihak
gereja.
Ada satu kuasa gereja Katolik (paderi) iaitu kuasa memecat
orang daripada gereja (ex-communicated) rang yang terkena dianggap keluar agama.
Dalam sesetengah kes ada dua atau tiga kali pihak pentadbiran
awam iaitu Gabenor General berbalah dengan Archbishp Filipina iaitu soal
meninggalkan Filipina biasanya mereka akan menang dan GG akan kalah. Dengan
kuasa dan pengaruh yang begitu besar maka tidak hairan diakhir masa pemerintahan
Sepanyol mereka memiliki sejumlah
besar harta (tanah) tetapi di samping itu mereka memainkan peranan positif di
Filipina pada keseluruhannya. Golongan paderi yang memperkenalkan pembaharuan
pertanian di kawasan luar bandar. Tanaman baru yang menjadi tanaman penting di
Filipina di bawa dari Latin Amerika. Dengan ini sedikit sebanyak telah
meninggikan taraf hidup petani di Filipina. Golongan paderi juga di beri kuasa
monopli dalam pendidikan. Dalam soal pentadbiran pendidikan ini golongan gereja
kadang-kadang tidak mematuhi arahan raja sebab daripada awal raja-raja Sepanyol
sentiasa mengeluarkan arahan supaya bahada Sepanyol diajar tetapi di Filipina
arahan ini tidak dihiraukan malahan mereka lebih gemar menggunakan dialek
tempatan. Alasan yang diberi ialah kalau penduduk peribumi boleh menguasai
bahasa Sepanyol ini akan mengubah corak politik di Filipina. Ini ternyata benar
pada 1861, bila bahasa Sepanyol diwajibkan; beberapa tahun kemudian
muncul gerakan Nasioonalisme.
Di samping itu pihak gereja memainkan peranan penting dalam sal
mendapatkan taat setia rakyat kepada Sepanyol sebab pada awal penjajahan
Filipina di antara gereja Katolik dengan kerajaan adalah menunjukkan satu. Bila
pada abad ke-18 dan 19 adalah sukar bagi tokoh-tokoh nasionalis untuk menentang
Sepanyol . Disaat revolusi menentang Sepanyol
pihak nasionalis ini ingin menubuhkan gereja yang bebas daripada gereja Katolik.
Tetapi tiada sambutan. Di masa kelahiran gerakan kebangsaan kebanyakan ahli yang
membawa kepada gerakan kebangsaan adalah ahli Freemason yang pada masa itu
diharamkan oleh golongan Katoolik pada peringkat awal orang
Filipina tidak mahu Sebab ia akan turut menentang agama Kristian Katolik.
[1] Bagi orang Sepanyol semua orang Islam adalah Moro. Ini diambil daripada istilah bagi orang Arab yang menduduki Sepanyol (Moor)